13 November 2011

Lat. Asas 4X4 : ITIS, DBKL



Pada 9 & 10 November yg lalu, One Ten Adventure Sports telah diberi peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan dalam arena pemanduan 4X4 bersama para pemandu Integrated Transport Information System (ITIS), DBKL. Program latihan kali ini telah dijayakan bersama pihak Kelab 4X4 Gombak dan juga MID Fitrah Resources Sdn Bhd. Program selama dua hari ini memfokuskan cara pemanduan jentera 4X4 dan juga bantuan awal kecemasan. Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak ITIS merupakan jentera utama yang akan berkejar ke lokasi kejadian sekiranya berlaku kemalangan di kawasan Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, sememangnya para anggota ITIS perlu dilengkapi dengan pengetahuan yang secukupnya bagi memastikan kelancaran lalu lintas di samping menyelamatkan mangsa-mangsa nahas. Oleh yang demikian, pihak kami berharap segala ilmu yang telah diturunkan kepada para anggota ITIS akan mereka gunakan sebaik mungkin.


Sesi penerangan daripada Jurulatih, Oneten



Penggunaan Peralatan Recovery


Modul Pertolongan Cemas daripada jurulatih JPAM


Sesi Demo ikatan dan balutan untuk kecemasan


Simulasi Kemalangan


Peserta mempraktikkan segala teknik yang telah dipelajari di bawah pengawasan jurulatih


Para Peserta Latihan Asas Pemanduan 4X4
dan Bantuan Awal Kecemasan
Integrated Transport Information System
(ITIS) 2011



No comments: