28 November 2011
13 November 2011
Lat. Asas 4X4 : ITIS, DBKL
Pada 9 & 10 November yg lalu, One Ten Adventure Sports telah diberi peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan dalam arena pemanduan 4X4 bersama para pemandu Integrated Transport Information System (ITIS), DBKL. Program latihan kali ini telah dijayakan bersama pihak Kelab 4X4 Gombak dan juga MID Fitrah Resources Sdn Bhd. Program selama dua hari ini memfokuskan cara pemanduan jentera 4X4 dan juga bantuan awal kecemasan. Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak ITIS merupakan jentera utama yang akan berkejar ke lokasi kejadian sekiranya berlaku kemalangan di kawasan Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, sememangnya para anggota ITIS perlu dilengkapi dengan pengetahuan yang secukupnya bagi memastikan kelancaran lalu lintas di samping menyelamatkan mangsa-mangsa nahas. Oleh yang demikian, pihak kami berharap segala ilmu yang telah diturunkan kepada para anggota ITIS akan mereka gunakan sebaik mungkin.
Sesi penerangan daripada Jurulatih, Oneten |
Penggunaan Peralatan Recovery |
Modul Pertolongan Cemas daripada jurulatih JPAM |
Sesi Demo ikatan dan balutan untuk kecemasan |
Simulasi Kemalangan |
Peserta mempraktikkan segala teknik yang telah dipelajari di bawah pengawasan jurulatih |
Para Peserta Latihan Asas Pemanduan 4X4 dan Bantuan Awal Kecemasan Integrated Transport Information System (ITIS) 2011 |
25 October 2011
Perak 4X4@Cubcross Jamboree
21-23 Oktober yang lalu, telah diadakan Perak 4X4 @ Cubcross bertempat di Taman Tasik Kamunting, Taiping. Sehubungan dengan itu, Oneten dan beberapa rakan dari Malaysian 4Wheelers yang lain turut sama turun padang bagi memberikan sokongan kepada sahabat seperjuangan di sana.
20 October 2011
Lat. Asas 4X4 MDA-TNB
Sekitar Latihan Asas 4X4 Metro Driving Academy-TNB pada 17-18 Oktober 2011 yg lalu
Indoor~sesi teori |
Khusyuknya! Jgn tido suda la ye |
Important slot~ Peralatan Recovery dan cara penggunaannya |
Outdoor session |
Demo bina jambatan |
Haa..awat tayar x naik atas titi ni ? |
Ape jugaklah yg mereka sdg perhatikan ni ye? |
Dah macam polis trafik le pulok~ |
Relax bro..bukan JPJ kat sebelah tu..toksah dok kalut.. |
12 October 2011
07 October 2011
29 June 2011
Bkt Beruntung Fun & Charity Challenge
Event ni tlh dijalankan pada 25 & 26 Jun 2011 di Bukit Beruntung, Rawang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai pembedahan kali ke5 adik Aw Xin Yin yang mengalami masalah jantung berlubang. Kanak2 berusia 10 tahun ini memerlukan RM70k bagi menampung kos pembedahannya. Jutaan tahniah dan terima kasih bagi para peserta, urusetia dan marshall yang bertungkus lumus melaksanakan kerja amal ini bagi membantu adik Aw Xin Yin. Tidak lupa juga setinggi2 ucapan terima kasih buat sekretariat Indonesian Offroad Federation (IOF) yang turut sama turun padang bagi memeriahkan majlis.
22 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)